Monday, 22 September 2014

TUN ABDULLAH MINGGU 13 SHINTO

SHINTO 

  •  Bahasa Jepun: 神道) adalah agama asal Jepun. Ia membabitkan penyembahan kami, yang boleh diterjemahkan sebagai Dewa, penunggu "nature spirits", atau kehadiran semangat.
  • Sesetengah kami terhad sesetempat dan boleh dianggap sebagai penunggu atau asal sesuatu tempat, tetapi sesetengah yang lain melambangkan objek semulajadi penting atau kejadian, sebagai contoh, Amaterasu, Dewi Matahari
  • Perkataan Shinto dicipta dari gabungan dua huruf bahasa Cina (神道, dibaca shen dao menurut bacaan Cina moden). Perkataan pertama bererti "ketuhanan" atau "Tuhan", dan boleh juga dibaca sebagai "kami" dalam bahasa Jepun. Huruf kedua bererti "jalan" atau "arah," dan adalah perkataan yang digunakan bagi perkataan "Taoisme. Dengan itu, Shinto secara harafiahnya bererti "laluan kearah ketuhanan "kami".
  • Selepas Perang Dunia II, Shinto kehilangan statusnya sebagai agama kebangsaan; kebanyakan amalan dan ajaran Shinto, yang dititik beratkan sebelum perang, tidak lagi diajari atau diamalkan masa kini walaupun sesetengahnya kekal sebagai aktiviti harian seperti omikuji.

SEJARAH
  • Asal usul Shinto lenyap dalam lipatan sejarah, tetapi kemungkinannya ia bertapak pada akhir tempoh Jomon. Terdapat beberapa teori mengenai leluhur penduduk Jepun masa kini. Tambahan kepada teori yang diterima umum mengenai perpindahan dari Asia Tengah atau Indonesia, theori yang kurang dikenali mencadangkan hubungan antara amalan Shinto moden dan tradisi Yahudi silam 
  • Kemungkinannya, selepas ketibaan leluhur Jepun kini, setiap puak dan kawasan mempunyai Dewa-dewa dan upacara mereka sendiri tanpa sebarang kaitan rasmi antara sesebuah kawasan.
  • Dengan kebangkitan kuasa leluhur keluarga Imperial mengatasi kumpulan lain, berhala leluhur mereka mengatasi dewa kumpulan yang lain, walaupun sistem berlainan masih wujud.
  • Pengenalan penulisan pada abad ke 5 dan Buddha pada abad ke 6 memberikan kesan besar pada perkembangan system kepercayaan Shinto tunggal. Dalam tempoh yang singkat, Kojiki (RekodPm, 712) dan Nihonshoki (Sejarah Jepun, 720) ditulis dengan mengumpul mitos dan legenda yang ada menjadi penceritaan bergabung "unified account" 
  • Gambaran ini ditulis dengan dua matlamat. Pertama, penceritaan sofsikated dan pengenalan tema Taoist, Konfusian, dan Buddha dalam penceritaan bertujuan bagi mengkagumkan negara Cina dengan kemajuan "sophistication" Jepun.
  •  Orang-orang Jepun merasa terancam dengan kebudayaan Cina yang jelas maju dan berharap untuk menghasilkan hasil kerja yang setanding. Kedua, penceritaan tersebut bertujuan bagi mengukuhkan sokongan bagi pengesahan Maharaja, berasaskan leluhur keturunan dari Devi Matahari "Sun Goddess" Amaterasu
  • Kebanyakan kawasan Jepun moden hanya di bawah kawalan keluarga Maharaja,dan kumpulan etnik saingan (kemungkinannya termasuk, leluhur Ainu) terus menentang pencerobohan Jepun. Analogi mitos "mythological anthologies", bersama dengan anologi puisi lain seperti Manyoshu dan yang lain, kesemuanya bertujuan menekankan kepada yang lain mengenai kewibaan keluarga Maharaja dan amanah para dewa untuk memerintah Jepun.
  • Pandangan selaras "syncretic" Kukai diterima ramai sehingga akhir tempoh Edo. Pada masa itu, terdapat kebangkitan kembali minat mengenai "penggajian Jepun," kemungkinannya disebabkan polisi negara tertutup. 
  • Pada abad ke 18, ramai golongan terpelajar Jepun, terutamanya Motoori Norinaga (17301801), cuba untuk mengenali Shinto "sebenar" dari pengaruh asing. Cubaan itu tidak berjaya, kerana seawal Nihonshoki, sebahagian dari mitos jelas diserap daripada doktrin Cina. (Sebagai contoh, pasangan dewa pencipta Izanami dan Izanagi jelas setanding dengan yin and yang.)
  • Bagaimanapun, cubaan tersebut menjadi pelantar bagi kebangkitan Shinto negara, selepaspemulihan Meiji.
  • Berikutan dengan pemulihan Meiji, Shinto dijadikan ugama rasmi Jepun, dan gabungannya dengan Buddha diharamkan. Semasa tempoh ini, ia dirasakan bahawa Shinto diperlukan bagi menyatukan negara di bawah Maharaja sebagai proses memodenkan dengan seberapa cepat yang mungkin. 
  • Ketibaan kapal perang Barat dan keruntuhan shogunate menyakinkan orang ramai bahawa negara perlu bersatu sekiranya tidak ingin dijajah oleh kuasa asing. 
  • Dengan itu, Shinto digunakan sebagai alat bagi menggalakkan penyembahan Maharaja (dan Empire), dan Shinto dieksport ke jajahan yang ditawan seperti Hokkaido dan Korea.
  • Era Shinto sebagai ugama kebangsaan berakhir secara tiba-tiba dengan tamatnya Perang Dunia II.
  •  Ia jelas bahawa kami telah gagal untuk mendatangkan Angin Tuhan "Divine Wind" (kamikaze) untuk mematahkan penjajah asing. Sejurus selepas perang, Maharaja turut mengeluarkan kenyataan yang membatalkan tuntutannya sebagai status "dewa hidup". 
  • Selepas perang, kebanyakan orang Jepun telah mempercayai bahawa "hubris" Empayar mendorong kepada kejatuhan mereka. Keghairahan menjajah negara asing telah membutakan pemimpin mereka mengenai kepentingan tanah air sendiri. Ketika tempoh selepas perang, pelbagai "ugama baru" muncul, 
  • kebanyakan mereka kononnya berasaskan Shinto, tetapi secara keseluruhan ketaatan penduduk Jepun kepada agama merosot.
  • Selepas peperangan, Shinto kebanyakkannya kekal tanpa menumpu kepada mitos atau kebenaran oleh dewa "divine mandate" kepada keluarga Maharaja
  • Sebaliknya, kuil lebih cenderong membantu orang miskin biasa mendapatkan nasib yang lebih baik dengan cara mengekalkan hubungan baik dengan nenek moyang mereka dan kami yang lain. Cara pemikiran Shinto kekal menjadi cara pemikiran penduduk Jepun yang penting, walaupun jumlah penduduk yang mengaku diri mereka taat berugama merosot dengan teruknya.


DEFINISI SHINTO

  1. Shinto merupakan agama yang sukar dikelaskan. Pada satu pihak, ia boleh dianggap sebagai satu bentuk animism yang lebih sofsikated dan boleh dianggap sebagai agama awal.
  2. Pada satu segi yang lain, kepercayaan dan cara pemikiran Shinto terbenam jauh kedalam minda luar sedar masyarakat Jepun moden. 
  3. Hidup selepas mati bukannya matlamat utama dalam kepercayaan Shinto, dan lebih banyak tekanan diberikan kepada kehidupan duniawi, dan bukannya persediaan untuk dunia selepasnya. Shinto tidak mempunyai set dogma tertentu, tiada tempat suci untuk disembah, tiada orang atau kami dianggap lebih suci, dan tiada cara menyembah yang khusus. 
  4. Sebaliknya, Shinto merupakan himpunan kaedah dan upacara bertujuan untuk menyelaraskan hubungan manusia hidup dengan kami. 
  5. Perlakuan ini bermula secara organik di Jepun sepanjang melangkau beberapa abad dan dipengaruhi oleh hubungan Jepun dengan agama negara lain, terutamanya China. 
  6. Perhatikan, sebagai contoh, bahawa perkataan Shinto itu sendiri berasal dari Chinese dan kebanyakan pengukuhan codification mitos Shinto dilakukan dengan matlamat khas bagi menjawap pengaruh kebudayaan Cina. 
  7. Sepertinya, Shinto telah dan akan terus memberi kesan pada perlaksanaan agama lain di Jepun. Terutamanya, seseorang dapat membina kes untuk berbincang mengenainya dibawah tajuk Buddha Jepun, kerana kedua agama telah mempunyai kesan yang dalam sesama sendiri sepanjang sejarah Jepun. 
  8. Tambahan lagi, kepercayaan Jepun moden yang muncul semenjak akhir Perang Dunia II telah menunjukkan pengaruh Shinto yang jelas.







TUN ABDULLAH PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB ) MINGGU 12

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Pengenalan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.

tempat-persidangan-pbb2
Tempat persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu

Sejarah
Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin D. Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi. Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidangan-persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada Perancis, Republik China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks, Washington, D.C.. Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh kerajaan-kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.
Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, termasuknya Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam. 50 negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan daripada 46 penandatangan yang lain.
Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.
Piagam PBB
Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:
KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM
  • untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan
  • untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan
  • untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan
  • untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas, dan untuk tujuan ini 
  • akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
  • akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan
  • akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak
  • akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
  • akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia,
Struktur Organisasi
Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:
  • Perhimpunan Agung
  • Majlis Keselamatan 
  • Majlis Ekonomi dan Sosial 
  • Majlis Peramanahan 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) 
  • Sekretariat

Perhimpunan Agung
Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.
Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa serta membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.
Majlis Keselamatan

Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara. Sedangkan alat-alat PBB yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan keputusannya.
Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB". Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.

Majlis Ekonomi dan Sosial

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun. Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli daripada negara "Dunia Pertama".
Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang merupakan kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk sidang selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada setiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasa utama dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain, termasuklah mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan. Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi kepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih; dimana dalam peranan ini bahawa ia amat giat.

Majlis Peramanahan

Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini — kebanyakannya merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil daripada negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah memperoleh kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan negara jiran yang merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli PBB pada Disember 1994.
Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1 November 1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmi memerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha Agung Kofi Annan mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya penghapusan Majlis Peramanahan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "Mahkamah Dunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia ditempatkan di Peace Palace, Hague, Belanda.
Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis merupakan bahasa rasminya.
Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa. Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan yang lebih besar untuk menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di kalangan negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri daripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.

Sekretariat

Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih kakitangan.
Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang lain. Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan antarabangsa, mengumpul maklumat tentang pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang dimulakan oleh PBB.
Akiviti-Aktiviti PBB


Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:
  • Persidangan antarabangsa 
  • Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan 
  • Kawalan dan pelucutan senjata 
  • Penjagaan keamanan 
  • Hak asasi manusia 
  • Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa 
  • Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.
Persidangan antarabangsa

Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang diadakan sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak, Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-contoh terkini termasuk:
"Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994 di Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;

"Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan boleh kekal serta pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang ekonomi untuk kesemua orang.

"Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada September 1995;

"Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan di Istanbul, Turki pada Jun 1996.
Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan

Rencana utama: Tahun-tahun Antarabangsa PBB
PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB, logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

Kawalan senjata dan pelucutan senjata

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara dalam agendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.
Penjagaan keamanan

Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.
Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada tahun 2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."
PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera.
Hak asasi manusia

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan datang.
Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan" untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.
PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.

Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa

Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.
Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat Pembangunan Milenium. Program Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.
PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor Timur. Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khas untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.
Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1]

Persetiaan dan undang-undang antarabangsa

PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaan lautan dihakimi oleh mahkamah khas.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama bertujuan untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutama yang dihakiminya termasuk:
Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana menyalahi undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang telah dituduh untuk jenayah-jenayah perang;
Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).
Senarai Badan PBB
Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam piagamnya ialah :
  • Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) 
  • Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan
  • Persatuan Pembangunan Antarabangsa) 
  • Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) 
  • Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 
  • Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO) 
  • Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) 
  • Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) 
  • Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) 
  • Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) 
  • Kesatuan Pos Sedunia (UPU) 
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 
  • Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO) 
  • Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO). 
Agensi-agensi sementara termasuk:
  • Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA) 
  • Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi
  • PBB untuk Pelarian) (UNHCR) 
  • Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)

TUN ABDULLAH - WAWASAN 2020 MINGGU 11

Wawasan 2020

-  ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir MohamadPerdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
- Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanianpsikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaanmutu hidupnilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.


MATLAMAT
Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:
  1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
  2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
  3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
  4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
  5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
  6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
  7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
  8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
  9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.


Monday, 8 September 2014

TUN ABDULLAH - KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN BUMIPUTRA SARAWAK MINGGU 10

Sarawak mempunyai bilangan penduduk yang banyak sekali antara negeri-negeri di  Malaysia, iaitu seramai 2.07 juta orang. Sebagai ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia.
Sarawak mempunyai 27 etnik besar, setakat ini yang dikemukakan. Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.
Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya.

KEPERCAYAAN KAUM ETNIK SARAWAK

Agama dan kepercayaan merupakan pegangan dalam diri setiap manusia. Ia berlaku selaras dengan kepercayaan dan keyakinan dalam diri.
Agama pada lazimnya bermaksud kepercayaan kepada Tuhan atau sesuatu kuasa ghaib dan sakti seperti Dewa , dan juga amalan serta intuisi yang berkait rapat dengan kepercayaan tersebut. Kepercayaan secara umum bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Keadaan ini hadir bersama kepastian terhadap perkara yang tersebut.
Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang berkait sangat rapat. Namun, agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif dan kepercayaan ini mengenai aspek ketuhanan.

KEPERCAYAAN IBAN

Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis didalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' atau Chief Paramount dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.
Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghindar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Chief Paramount


KEPERCAYAAN KAYAN

Menurut etnik Kayan, mereka memandang berat pada adat kepercayaan yang datang dari nenek moyang terdahulu. Kepercayaan yang dipegang harus dipatuhi dalam kehidupan seharian. Jika tidak, akan ditimpa malapetaka atau sumpahan. Misalnya tidak boleh ketawakan katak kerana dikuatiri ribut petir melanda. Katak dikatakan sinonim dengan hujan. Selain itu, bermain sembunyi- sembunyi selepas senja amat dilarang kerana dipercayai akan disembunyikan oleh hantu atau roh semangat jahat. Kebiasaannya, pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Jika dilihat dari sudut sisi yang lain, pantang larang ini terdapat juga kebaikannya kerana ia adalah untuk menjaga keselamatan kanak-kanak daripada ditimpa sesuatu perkara tidak baik. Dalam Islam misalnya, waktu senja merupakan antara masa berkeliarannya iblis atau syaitan. Jadi amat tidak elok sekiranya dibiarkan kanak-kanak berkeliaran di luar rumah. Etnik Kayan turut mempercayai pantang larang melangkah kaki orang tua atau orang dewasa. Keadaan ini dipercayai akan terkena tulah. Sekiranya itu yang berlaku, orang tua atau orang dewasa tersebut harus segera meludah ke arah orang yang melangkah bagi mengelakkan terkena tulah. Pantang larang tidak boleh menunding jari telunjuk ke arah bulan atau matahari amat digeruni oleh masyarakat etnik Kayan. Sekiranya terdapat mana-mana masyarakat yang berbuat demikian, jari mereka akan bengkok.
Kepercayaan lahir dalam satu komuniti masyarakat berdasarkan keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional) kerana ia melibatkan penekanan seseorang mengenai sesuatu kebenaran. Melalui kepercayaan yang dipegang, ia mampu menyatukan masyarakat di bawah satu pegangan yang sama. Kebiasaannya, pantang larang yang diamalkan bertujuan menjaga keharmonian hidup sesuatu komuniti. Pantang larang wujud apabila berlaku perhubungan dengan alam sekeliling sehingga membawa kepada kepercayaan.

Isi

1.    Kepercayaan Animisme

a.    Kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus atau kuasa ghaib yang mempunyai semangat

b.    Benda hidup/ tidak hidup mempunyai roh dan semangat seperti gunung, pokok besar, batu-batu besar, sungai dsbnya.
i.      Makhluk halus seperti jin ,hantu, penunggu dsb boleh memberi kesan baik seperti rezeki, kesihatan dan keharmonian, sebaliknya seperti malapetaka dan bencana.
ii.     Mengadakan upacara pemujaan seperti puja pantai, semangat padi, main puteri, main dewa, memutus ubat dan sebagainya untuk mengelakkan bencana atau meminta pertolongan
iii.    Ada kaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisional seperti menanam padi, turun ke laut, masuk hutan dan mengubati penyakit
iv.   Upacara ini dipercayai boleh menjamin keselamatan mereka, kesuburan tanah, hasil tanaman dsb.
v.    Memerlukan orang perantaraan di antara manusia dengan kuasa ghaib atau makhluk halus kerana manusia biasa tidak mampu berhubung dengan mereka.
vi.   Orang perantaraan ini ialah bomoh, dukun atau pawing yang berperanan untuk menenteramkan kuasa ghaib daripada mengganggu anak-anak kecil, perempuan bersalin, orang sakit dsb.Mereka percaya kepada keramat ,azimat dan tangkal.
vii.  Mengamalkan jampi serapah, limau purut, kain kuning, telur, bunga-bungaan ,senjata tradisional dsb.
viii. Alat-alat muzik yang mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib diasap dengan kemenyan dan sirih dan disimpan di tempat yang tinggi dan dijaga dengan sempurna.



2.    Kepercayaan animisme di Sarawak

a.    Orang Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan penyakit.
b.    Hantu yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit membawa sakit kepala dan demam, hantu gurun mendatang bengkak dan lenguh sendi tangan.

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahirantangan yang menghasilkannya.Ragam hias pakaian membentuk motif-motif etnik sam ada dari tenunan, jahitan manic dan labuci.Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya. 


Pakaian kaum wanita
Bidang


Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang.Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut.Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kain yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan.Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni.Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometric dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan.Malah ada di antara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.


Kalambi
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada du ajenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja.Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua.Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga kelutut.Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah.Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah danada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan caraikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung.Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik.Hujung kalambi hasi ltenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.


Bedong
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit.Kain selempang ini dikenali sebagai bedong,iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hamper sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.


Pakaian kaum lelaki

KainSirat
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban.Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah.Kadang-kadang manic dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu.Sirat dipakai dengan caramelilitnya dipinggang dan celah kang kang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias.


Dandong
Ia merupakan kainselendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong.Panjang Dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.


PuaKumbu
Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka.Pua Kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti berubat, gawai dan seumpamanya.Dalam upacara perkahwinan pula, ibubapa pengantin perempuan menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki sebagai 'maskahwin'. Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat restu daripada saudara tua.Pua juga digunakan untuk menghias pelamin, dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai pakaian.


Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manikmanik.Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan mare kempang.Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng,gelang kelunchong dan sugu tinggi.


Pakaian tradisional masyarakat Bidayuh


Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh.Kaum Lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini. 

Pakaian suku kaum murut

Pakaian suku wanita

Pinongkolo
Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian.


Pipirot
Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod.


Salupai
Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.


Sinikot
Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.


Rarangkol
Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya.


Holong
Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.


Pakaian suku kaum kayan
Pakaian wanita
Pakaian wanita kaum kayan dikenali sebagai Ta’ah.Ianya dihiasi dengan manik-manik yang berwarna warni.Kainnya boleh didapati dalam pelbagai warna seperti warna merah, hitam, ungu dan hijau.Ta’ah dihiasi dengan ukuran tradisional yang disebut ‘ikeng’.Ta’ah dipakai dengan tali pinggang yang disebut ‘jet’.Jet ini diperbuat daripada manik yang besar ataupun daripada perak.Jet terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk iaitu terpulang kepada kreativiti individu terbabit.’Bilang’ pula dipakai secara bersilang di atas bahu kiri dan kanan.’Bilang juga boleh dipakai hanya disebelah satu bahu sahaja.’Bilang’ boleh didapati dalam bentuk kain atau manik.


Pakaian lelaki
Pakaian lelaki kaum kayan disebut ‘bah’.’Bah’ ini diuat daripada kulit binatang seperti harimau,atau beruang.Lelaki akan memakai topi atau ‘lavung’.Lavung ini dihiasi dengan bulu burung kenyalang ataupun bulu ayan.Mereka juga akan memakai seluar pendek warna hitam.