Sarawak mempunyai bilangan penduduk yang banyak sekali antara negeri-negeri di Malaysia, iaitu seramai 2.07 juta orang. Sebagai ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia.
Sarawak mempunyai 27 etnik besar, setakat ini yang dikemukakan. Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.
Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya.
KEPERCAYAAN KAUM ETNIK SARAWAK
Agama dan kepercayaan merupakan pegangan dalam diri setiap manusia. Ia berlaku selaras dengan kepercayaan dan keyakinan dalam diri.
Agama pada lazimnya bermaksud kepercayaan kepada Tuhan atau sesuatu kuasa ghaib dan sakti seperti Dewa , dan juga amalan serta intuisi yang berkait rapat dengan kepercayaan tersebut. Kepercayaan secara umum bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Keadaan ini hadir bersama kepastian terhadap perkara yang tersebut.
Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang berkait sangat rapat. Namun, agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif dan kepercayaan ini mengenai aspek ketuhanan.
KEPERCAYAAN IBAN
Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis didalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' atau Chief Paramount dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.
Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghindar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Chief Paramount
KEPERCAYAAN KAYAN
Menurut etnik Kayan, mereka memandang berat pada adat kepercayaan yang datang dari nenek moyang terdahulu. Kepercayaan yang dipegang harus dipatuhi dalam kehidupan seharian. Jika tidak, akan ditimpa malapetaka atau sumpahan. Misalnya tidak boleh ketawakan katak kerana dikuatiri ribut petir melanda. Katak dikatakan sinonim dengan hujan. Selain itu, bermain sembunyi- sembunyi selepas senja amat dilarang kerana dipercayai akan disembunyikan oleh hantu atau roh semangat jahat. Kebiasaannya, pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Jika dilihat dari sudut sisi yang lain, pantang larang ini terdapat juga kebaikannya kerana ia adalah untuk menjaga keselamatan kanak-kanak daripada ditimpa sesuatu perkara tidak baik. Dalam Islam misalnya, waktu senja merupakan antara masa berkeliarannya iblis atau syaitan. Jadi amat tidak elok sekiranya dibiarkan kanak-kanak berkeliaran di luar rumah. Etnik Kayan turut mempercayai pantang larang melangkah kaki orang tua atau orang dewasa. Keadaan ini dipercayai akan terkena tulah. Sekiranya itu yang berlaku, orang tua atau orang dewasa tersebut harus segera meludah ke arah orang yang melangkah bagi mengelakkan terkena tulah. Pantang larang tidak boleh menunding jari telunjuk ke arah bulan atau matahari amat digeruni oleh masyarakat etnik Kayan. Sekiranya terdapat mana-mana masyarakat yang berbuat demikian, jari mereka akan bengkok.
Kepercayaan lahir dalam satu komuniti masyarakat berdasarkan keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional) kerana ia melibatkan penekanan seseorang mengenai sesuatu kebenaran. Melalui kepercayaan yang dipegang, ia mampu menyatukan masyarakat di bawah satu pegangan yang sama. Kebiasaannya, pantang larang yang diamalkan bertujuan menjaga keharmonian hidup sesuatu komuniti. Pantang larang wujud apabila berlaku perhubungan dengan alam sekeliling sehingga membawa kepada kepercayaan.
Isi
1. Kepercayaan Animisme
a. Kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus atau kuasa ghaib yang mempunyai semangat
b. Benda hidup/ tidak hidup mempunyai roh dan semangat seperti gunung, pokok besar, batu-batu besar, sungai dsbnya.
i. Makhluk halus seperti jin ,hantu, penunggu dsb boleh memberi kesan baik seperti rezeki, kesihatan dan keharmonian, sebaliknya seperti malapetaka dan bencana.
ii. Mengadakan upacara pemujaan seperti puja pantai, semangat padi, main puteri, main dewa, memutus ubat dan sebagainya untuk mengelakkan bencana atau meminta pertolongan
iii. Ada kaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisional seperti menanam padi, turun ke laut, masuk hutan dan mengubati penyakit
iv. Upacara ini dipercayai boleh menjamin keselamatan mereka, kesuburan tanah, hasil tanaman dsb.
v. Memerlukan orang perantaraan di antara manusia dengan kuasa ghaib atau makhluk halus kerana manusia biasa tidak mampu berhubung dengan mereka.
vi. Orang perantaraan ini ialah bomoh, dukun atau pawing yang berperanan untuk menenteramkan kuasa ghaib daripada mengganggu anak-anak kecil, perempuan bersalin, orang sakit dsb.Mereka percaya kepada keramat ,azimat dan tangkal.
vii. Mengamalkan jampi serapah, limau purut, kain kuning, telur, bunga-bungaan ,senjata tradisional dsb.
viii. Alat-alat muzik yang mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib diasap dengan kemenyan dan sirih dan disimpan di tempat yang tinggi dan dijaga dengan sempurna.
2. Kepercayaan animisme di Sarawak
a. Orang Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan penyakit.
b. Hantu yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit membawa sakit kepala dan demam, hantu gurun mendatang bengkak dan lenguh sendi tangan.
Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahirantangan yang menghasilkannya.Ragam hias pakaian membentuk motif-motif etnik sam ada dari tenunan, jahitan manic dan labuci.Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.
Pakaian kaum wanita
Bidang
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang.Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut.Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kain yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan.Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni.Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometric dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan.Malah ada di antara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.
Kalambi
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada du ajenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja.Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua.Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga kelutut.Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah.Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah danada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan caraikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung.Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik.Hujung kalambi hasi ltenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.
Bedong
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit.Kain selempang ini dikenali sebagai bedong,iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hamper sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.
Pakaian kaum lelaki
KainSirat
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban.Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah.Kadang-kadang manic dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu.Sirat dipakai dengan caramelilitnya dipinggang dan celah kang kang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias.
Dandong
Ia merupakan kainselendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong.Panjang Dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
PuaKumbu
Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka.Pua Kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti berubat, gawai dan seumpamanya.Dalam upacara perkahwinan pula, ibubapa pengantin perempuan menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki sebagai 'maskahwin'. Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat restu daripada saudara tua.Pua juga digunakan untuk menghias pelamin, dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai pakaian.
Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manikmanik.Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan mare kempang.Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng,gelang kelunchong dan sugu tinggi.
Pakaian tradisional masyarakat Bidayuh
Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh.Kaum Lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.
Pakaian suku kaum murut
Pakaian suku wanita
Pinongkolo
Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian.
Pipirot
Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod.
Salupai
Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.
Sinikot
Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.
Rarangkol
Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya.
Holong
Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.
Pakaian suku kaum kayan
Pakaian wanita
Pakaian wanita kaum kayan dikenali sebagai Ta’ah.Ianya dihiasi dengan manik-manik yang berwarna warni.Kainnya boleh didapati dalam pelbagai warna seperti warna merah, hitam, ungu dan hijau.Ta’ah dihiasi dengan ukuran tradisional yang disebut ‘ikeng’.Ta’ah dipakai dengan tali pinggang yang disebut ‘jet’.Jet ini diperbuat daripada manik yang besar ataupun daripada perak.Jet terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk iaitu terpulang kepada kreativiti individu terbabit.’Bilang’ pula dipakai secara bersilang di atas bahu kiri dan kanan.’Bilang juga boleh dipakai hanya disebelah satu bahu sahaja.’Bilang’ boleh didapati dalam bentuk kain atau manik.
Pakaian lelaki
Pakaian lelaki kaum kayan disebut ‘bah’.’Bah’ ini diuat daripada kulit binatang seperti harimau,atau beruang.Lelaki akan memakai topi atau ‘lavung’.Lavung ini dihiasi dengan bulu burung kenyalang ataupun bulu ayan.Mereka juga akan memakai seluar pendek warna hitam.
No comments:
Post a Comment